10 tips tingkatkan metabolisma badan


1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.

7. Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

8. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

9. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

10. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

TIPS MEMPERBANYAK SUSU IBU

Antara langkah yang boleh diikuti:

1. susuilah bayi lebih kerap kerana inilah sahaja cara terbaik untuk merangsang buah dada supaya mengeluarkan lebih banyak susu.


2. selepas menyusukan bayi, perah susu dari buah dada hingga habis. ini bertujuan untuk merangsang buah dada mengeluarkan susu dengan lebih banyak lagi.

3. perhatikan samaada anda banyak bekerja hingga keletihan. ingatlah yang anda perlu banyak berehat terutama dalam minggu-minggu pertama. pada waktu siang, anda perlu tidur sebentar.

4. bagaimana dengan sajian makanan? apakah makanan anda cukup zatnya dan adakah anda kurang minum air?

5. jangan beralih ke susu botol dengan segera kecuali kalau bayi anda terlalu kecil dan doctor menasihatkan anda berbuat demikian.

 6. berehat sekejap sebelum menyusu.

dan langkah alternative yang lain ialah:

dapatkan set penyusuan lengkap dari Shaklee.


 pembelian set penyusuan Shaklee dari vitaminssecrets.blogspot.com atau FB Page Health N Beauty EShoppe atau Mira Mohd (013.908.0524) akan melayakkan anda mendapatkan konsultasi, tips penyusuan dan jadual pemakanan ibu menyusu secara PERCUMA.

apa itu CoQ10 ?

CABARAN.

penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor 1 di kalangan rakyat Malaysia dan 2 setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia.

manakala mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.

kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal.

Coenzym Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.
 
 
APA ITU KO-ENZIM Q10 & MENGAPA IA PENTING UNTUK TUBUH KITA?
 
CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pancreas berfungsi.
 
CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. nutrient ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.
 
 
 
CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat dan normal.
 
selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani pengoksidaan lipoproteins yang berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.
 
 
 
jika anda sayangkan jantung anda, dapatkan suplemen CoQHealth dari Shaklee hari ini juga.
hubungi saya untuk pesanan.
 
mira, 013.908.0524

COLLAGEN POWDER

oraittt. kali ini, apakah promosi untuk oktober 2013? haaaa, ini laa yang saya tunggu-tunggu. sebenarnya dah lama saya tunggu, tapi memandangkan masa tu masih dalam pantang, saya tangguhkan niat saya dulu. sekarang, ia tiba. dan sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.
 
so, apakah dia promosinya?
 
tidak lain tidak bukan, SHAKLEE COLLAGEN POWDER !!!


 
 
kenapa saya dah timbul keinginan nak ber-collagen bagai nih? hihihi.. sebab saya dah malas nak telan vitamin B, C, E.. saya nak yang lagi power, yang lagi umph. yang dalam setiap paket, semua vitamin ada. hihihi.. senang, bawa je ke mana-mana tanpa perlu nak asingkan ke dalam pill box, atau tak perlu nak heret botol-botol vitamin ke hulu ke hilir. sweet kan? hihihii..
 
jadi, kat sini saya nak kongsikan dengan korang semua tentang keistimewaan SCP ini.
 

Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

Shaklee collagen powder adalah supplement kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermins dengan berkesan.


Terdapat 7 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.



Fungsi Ramuan Utama

Ramuan istimewa Collagen Powder Shaklee setiap satunya mempunyai fungsinya tersendiri.

1. Kolagen Dari Sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

2. Ekstrak Biji Camellia japonica
Biji Camellia japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3. Ekstrak Pfaffia
Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camillia japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4. Elastin dari kolagen ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

5. Vitamin C Dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen dalam sel.

6. Ekstrak Kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7. Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.
 
 
haaaa, best kan? jadi, apa tunggu lagi. jom dapatkan sebelum promosi berakhir.
harga sekotak ialah rm298.00, namun harga sempena promosi ni laaaaagiiiiiii best dan sangaaaaaaatttttt jimat. sebab itulah saya pun tunggu promosi ni. giler kau tak nak rembat berkotak-kotak? hihihi
 
mari, hubungi saya.
Mira, 013.908.0524

PETUA UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU BADAN

 
 
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan putting setelah dia kekenyangan. ini akan merangsang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5. Anda dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan. Ini kerana apabila bayi anda mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil supplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Cekur Manis - Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Ambil daun cekur manis yang telah dihancurkan dan tampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

9. Kacang Tanah - Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.

10. Air Longan - Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat Cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

11. Halba dan Jintan Hitam - Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

12. Bunga Melur - Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat India. Bagi masyarakat Melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Daun bunga melur digiling hingga halus dan tampal di sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
 

dan..............
ALTERNATIF yang lain, anda juga boleh mencuba set penyusuan dari Shaklee.
set ini terdiri daripada set asas penyusuan dan juga set lengkap penyusuan.
 
set asas terdiri daripada:
1. ESP
2. ALFALFA
 
set lengkap terdiri daripada:
1. ESP
2. ALFALFA
3. VITALEA
4. BCOMPLEX
5. VITAMIN C
6. OSTEMATRIX
7. OMEGA GUARD
*juga boleh add on PERFORMANCE DRINK terutama bagi ibu berpuasa.
 
jom kita semak apa kelebihan semua ini.
 

1. ESP
-- Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.
 
2. ALFALFA
-- Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu. namun pengambilan alfalfa ini perlu diberhentikan jika bayi ada jaundis.
 
3. VITALEA
-- Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh. Jika ibu ibu mengambil vita-lea ini, tak perlu la mengambil OBIMIN atau IRON dari klinik lagi.
 
4. BCOMPLEX
-- Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.
 
5. VITAMIN C
-- Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
 
6. OSTEMATRIX
-- 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.
 
7. OMEGA GUARD
-- Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autism.
 
8. PERFORMANCE DRINK
-- Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. Rasa Oren yang menyegarkan.
 
*tak dapat nak snap gambar untuk 8 produk ni sebab anakanda sedang berkuasa. hihihi.

PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE

perkongsian hari ini, produk yang saya dah cuba minggu lepas gara-gara ketidakselesaan diri sendiri sehingga rasa sakit kepala dan macam nak pitam. yang pasti punca utama ialah tidak cukup tidur dan angin.
 
Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?
-- Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan...
daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.
 

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?
-- Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetangah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang boleh dilakukan sendiri.

Berikut adalah beberapa kajian makanan yang menyebabkan angin dalam badan terbentuk:
~Kacang
~Sayuran seperti brokoli
~Kobis
~Taugeh
~Bawang
~Asparagus
~Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
~Bijirin seperti roti gandum
~Minuman ringan dan jus buah
~Susu dan produk daripada susu dan keju
~Makanan dalam paket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan
1. Pecahkan halia muda atau tua
2. Masukkan ke dalam gelas
3. Tuangkan air panas ke dalam gelas tersebut
4. Biarkan sebentar dan terus minum

atau

1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini sebulan sekali.

Tapi sekarang tak perlu nak susah-susah hiris, rebus.. sebab confirm ramai tak tahan bau halia dan bawang putih tu.. kan? kan? saya sendiri pun tak boleh. hihihi..
 
 
 

sekarang zaman dah moden dan canggih.. segala-galanya hanya di hujung jari. Jadi, saya nak syorkan anda menjadikan Shaklee peppermint Ginger Plus sebagai suplemen untuk membuang angin yang tersekat di dalam tubuh badan anda. Berbentuk tablet.. senang bukan??
apa yang saya buat setakat ini?
saya rendam satu uncang green tea dalam air panas.
kemudian saya tambahkan 3 biji peppermint ginger plus, larutkan hingga hancur.
pastu saya minum laa. kadang-kadang saya tambahkan 5 biji alfalfa untuk detoks. hihi.
 
 
apa istimewanya Peppermint Ginger Plus ni?
 
Shaklee Peppermint-Ginger Plus

Nyaman dan Melegakan

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut....


Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
 
 
dapatkan peppermint ginger plus anda hari ini.
harga hanyalah rm45 sahaja untuk 90 biji.
harga istimewa dari saya? hehehehe.. sila direct contact dengan saya ye.

AIR MANI :: APAKAH DIA??

wah, tajuk entry tak boleh blah. hihihi...well, semua orang nak kahwin, nak beranak pinak, nak bahagia gembira kan? tapi sejauh mana kita mengenali diri kita sendiri? kebiasaanya jika pasangan tersebut belum dikurniakan cahaya mata, jari tu senaaaaaangggg je, mudaaahh je nak luruskan ke pihak perempuan. walhal kita tak tahu masalah pasangan tu. memang perempuan ke bermasalah, atau lelaki yang menjadi penyebabnya? hurmm.. so, tak nak tuding-tuding jari. kita jaga kesihatan diri ye.
 
ok, ni nak cerita pasal AIR MANI.
so, let's check it out !

 


 Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.

 Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani, antaranya:

•Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.

•Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

•Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

•Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.

•Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.

•Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.

•Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.

•Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.

•Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma. Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.

•Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani. Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.
 
 
ok. so, dah faham kan. di sini saya kongsikan pula SET KESIHATAN LELAKI yang terdiri daripada :
1. OMEGA GUARD
2. ZINC COMPLEX
3. VITAMIN E
 
 
 
apa kebaikan ketiga-tiga vitamin tersebut? mari, saya kongsikan; anda, baca !
 
1. OMEGA GUARD
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
  • Mengurangkan keradangan
  • Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan
2. Vita E Complex
  • Antipenuaan
  • Memperbaiki parut
  • Melindungi jantung
  • Memperbaiki arthritis
  • Antioksidan yang kuat
  • Menghalang keguguran
  • Kelestarian seksual dan tenaga
  • Meningkatkan reproduktif dan kesuburan
 
 
3. Zinc Complex
  • sangat penting dalam menangani gangguan prostat.
  • Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser .
  • dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
 
Kebaikan Shaklee Men's Vital Health Programme :
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolestrol yang sihat
 
Berminat?
Anda boleh membuat tempahan anda hari ini juga.
Terus lontarkan pesanan anda ke nombor telefon 013.908.0524 (whatsapp / weChat / LINE ) atau anda boleh PM di FB saya, Mira Mohd
Khidmat konsultasi adalah percuma.


ENFUSELLE -- BALANCING MOISTURIZER

hip hip horey..
hari ni cuti peeps!!!
 
SELAMAT MERDEKA deh !
 
ok lah.. ni haaa nak cerita pasal day cream LÓREAL saya dah habis. jadi, untuk mendapatkan pulangan yang baik atas setiap pelaburan dan keluarnya duit saya, maka ENFUSELLE- balancing moisturizer menjadi pilihan saya. hihihii.
teruja gila beb.. sampaikan pam pun lupa beli.. ape daa.. so, sementara belum ke Shaklee, pakai tuang dengan hati-hati je laa ya.. kih3..
 
apa yang saya rasa dengan balancing moisturizer ni.
eh, sedap laa.. kalau day cream LÓREAL tu rasa macam LÓREAL, yang ni rasa macam ENFUSELLE laaa.. hahahahaaa..
 
 
 
yang bestnye, dari pagi saya pakai, sampai petang pun tak rasa melekit laa. almaklum laa saya ni kulit muka jenis oily. dan istimewanya lagi, moisturizer ni boleh dipakai siang dan malam. hurmmm, jimat duit beb! tapi saya belum pakai lagi waktu malam, habiskan yang night cream LÓREAL tu dulu. lepas semua LÓREAL habis, memang saya akan tukar terus 1 set kepada ENFUSELLE laa.. inshaAllah.. seronokkkkkkknyaaa!!!!
 
apa-apa pun, pakai segala macam produk Shaklee, memang meletops.
bukannya apa, kita beli, kita pakai, nanti tengah bulan dapat bonus. hurmm.. mana nak cari???
even pencuci pinggan mangkuk pun saya dah pakai yang Shaklee punye.
ekstrem kan? kekekeee..

 

APA ITU PENYAKIT RADANG SENDI?

1. Apa Itu Penyakit Radang Sendi : Arthritis?
 
Penyakit Arthritis ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain.
 
2. Bahayakah penyakit Arthritis ini?
 
Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit radang sendi. Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit Arthritis ini berbanding kaum lelaki.
 
 
3. Apa Penyebab Arthritis?
 
Penyebab rheumatoid arthritis masih belum diketahui. Namun, diketahui bahawa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun semulajadi sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi dengan betul, sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang rangkaian sendi yang sihat dan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi seterusnya. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit Arthritis ini.
 
4. Apakah Gejala Arthritis?
 
Permulaan rheumatoid arthritis membawa keletihan, rasa sakit, kekakuan, sakit, dan rasa sakit dan bengkak pada sendi bilateral terpencil. Rheumatoid Arthritis biasanya bermula di tangan, atau kaki dan juga akan mempengaruhi pergelangan tangan, beberapa sendi di tangan. Rheumatoid arthritis adalah juga ditemui di siku, bahu, leher, lutut, pinggul dan pergelangan kaki. Seiring waktu, radang sendi boleh rosak dan menyebabkan ciri-ciri lain seperti benjolan atau nodul di bawah kulit.
 
5. Siapa Yang Berisiko Terkena Arthritis?
 
Rheumatoid arthritis mempengaruhi lebih daripada 2 juta orang Amerika dengan lebih daripada 1 juta wanita berbanding dengan hanya lebih daripada setengah juta orang, Walaupun awal ini umumnya usia pertengahan, lebih umum ditemui pada orang tua. Rheumatoid arthritis juga telah ditemui pada kanak-kanak-kanak dan dewasa muda.
 
6. Diagnosis & Perubatan Arthritis
Dalam banyak kes, diagnosis awal dari rheumatoid arthritis dapat lebih mengawal penyakit ini. Rheumatoid arthritis adalah didiagnosis dengan pola gejala, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal, x-ray dan ujian darah untuk Rheumatoid Factor, yang merupakan antibodi yang ditemui dalam darah 80% orang dewasa dengan Rheumatoid Arthritis. Pada waktu ini, ada beberapa ubat yang berkesan untuk rheumatoid arthritis.
 
namun, penjagaan awal inshaAllah dapat membantu pemasalahan ini dengan bantuan suplemen Shaklee iaitu ADVANCED JOINT HEALTH TABLET.
 
 
1. Apakah Keistimewaan AJHT Shaklee ini?
 
  • Menyokong keselesaan sendi.
Mempunyai kandungan ekstrak Boswellia, yang menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.
  • Bertindak sebagai kusyen.
Mempunyai kandungan ekstrak Jagung, yang membantu mengekalkan tulang rawan.
Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Malah, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat.
Mempunyai kandungan Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C, yang mengandungi nutrien penting dalam kesihatan sendi.
Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain, yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

2. Siapa yang memerlukan AJHT ni?
Semua orang.
kerana semakin meningkat umur , tulang rawan akan menyusut secara semulajadi.
Keadaan tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh menyebabkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang meyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan pada sendi dan pergerakan yang terbatas.
 
DAPATKAN AJHT ANDA HARI INI DENGAN HARGA JIMAT SEPANJANG OGOS.
TAWARAN BERAKHIR PADA 30 OGOS 2013.
 
HUBUNGI SAYA UNTUK MEMBUAT PESANAN ANDA.
MIRA, 0139080524