PETUA UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU BADAN

 
 
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan putting setelah dia kekenyangan. ini akan merangsang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5. Anda dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan. Ini kerana apabila bayi anda mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil supplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Cekur Manis - Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Ambil daun cekur manis yang telah dihancurkan dan tampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

9. Kacang Tanah - Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.

10. Air Longan - Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat Cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

11. Halba dan Jintan Hitam - Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

12. Bunga Melur - Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat India. Bagi masyarakat Melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Daun bunga melur digiling hingga halus dan tampal di sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
 

dan..............
ALTERNATIF yang lain, anda juga boleh mencuba set penyusuan dari Shaklee.
set ini terdiri daripada set asas penyusuan dan juga set lengkap penyusuan.
 
set asas terdiri daripada:
1. ESP
2. ALFALFA
 
set lengkap terdiri daripada:
1. ESP
2. ALFALFA
3. VITALEA
4. BCOMPLEX
5. VITAMIN C
6. OSTEMATRIX
7. OMEGA GUARD
*juga boleh add on PERFORMANCE DRINK terutama bagi ibu berpuasa.
 
jom kita semak apa kelebihan semua ini.
 

1. ESP
-- Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.
 
2. ALFALFA
-- Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu. namun pengambilan alfalfa ini perlu diberhentikan jika bayi ada jaundis.
 
3. VITALEA
-- Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh. Jika ibu ibu mengambil vita-lea ini, tak perlu la mengambil OBIMIN atau IRON dari klinik lagi.
 
4. BCOMPLEX
-- Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.
 
5. VITAMIN C
-- Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
 
6. OSTEMATRIX
-- 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.
 
7. OMEGA GUARD
-- Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autism.
 
8. PERFORMANCE DRINK
-- Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. Rasa Oren yang menyegarkan.
 
*tak dapat nak snap gambar untuk 8 produk ni sebab anakanda sedang berkuasa. hihihi.

1 comment:


  1. Info yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Sememangnya dalam tempoh laktasi atau penyusuan badan, sebaik-baiknya si ibu mengamalkan pengambilan diet yang seimbang dan sihat. Selain itu, untuk mencegah ketidakseimbangan hormon prolaktin yang bertanggungjawab untuk mengawal penghasilan susu badan daripada kelenjar mamari, golongan wanita ini juga harus mendapat rehat yang cukup dan tidak mengalami sebarang tekanan emosi.

    ReplyDelete