NO MORE BABY BLUES !!

Kelahiran anak biasanya merupakan suatu masa yang amat menggembirakan. Namun, menjadi ibu juga ada masalahnya bagi sesetengah wanita. Walau bagaimanapun, dalam persediaan seseorang wanita menghadapi kehamilan dan kelahiran anak, terdapat masa yang gembira dan masa yang tidak begitu menyeronokkan. Masa, kesabaran dan sokongan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan amatlah penting dalam tahap penyesuaian ini. Selepas bersalin, terdapat beberapa perubahan emosi yang melanda wanita dan di samping itu, tugas penjagaan anak dan rumahtangga yang tidak boleh diabaikan.


Kemurungan selepas bersalin lazimnya diberi nama ‘baby blues’  dalam bahasa Inggeris, di mana perkataan ‘blues’ menjadi bahasa pasar bagi menggambarkan perasaan hiba dan sedih. Gangguan ini merupakan gangguan selepas bersalin yang kerap berlaku iaitu sebanyak 70% wanita mengalami gejala-gejalanya dalam minggu pertama selepas bersalin.

Sebab-sebab gangguan ini berasaskan faktor psikologikal dan hormon. Gangguan ini terjadi hanya sementara waktu sahaja namun jika dibiarkan ia boleh membawa mudarat.



Maka, kehadiran suami di sisi isteri sebenarnya memberikan sokongan kepadanya disamping memberikan si suami menguatkan hubungan/ikatan dengan bayinya sendiri. Pemakanan yang seimbang sewaktu selepas bersalin juga perlu dititikberatkan bagi memulihkan kembali tenaga si ibu.

Vitamin cadangan Shaklee untuk ibu selepas bersalin (isteri dalam pantang) boleh membantu para ibu supaya sentiasa cergas dan melindungi diri dari kemurungan. Set ini terdiri daripada VitaLea, B Complex, Vitamin C dan Zinc Complex.

Apakah kebaikan ke empat-empat vitamin tersebut?

1) Vita Lea :
Ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak, maka ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa bersalin. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tidak bermaya.

2) B Complex :
Perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

3) Vitamin C :
Vitamin C 500mg SR Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Umum tahu bahawa vitamin C adalah jenis vitamin larut air, jadi konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin C dalam meningkatkan antibodi secara berterusan dan berkala. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

4) Zinc Complex :
Galian ini sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Contoh makanan yang kaya dengan zinc ialah ikan haruan. Pengambilan zinc untuk ibu menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.


Semoga perkongsian saya ini dapat membantu para ibu di luar sana yang semestinya mahukan kesihatan dan kecergasan walau dalam situasi apa sekalipun. Moga ibu-ibu juga dijauhi dari kemurungan dan apa jua ketidaksempurnaan terutama selepas bersalin. Moga usaha kita sebagai ibu dan isteri yang terbaik mendapat keberkatan dan moga keluarga kita semua dilindungi Allah. inshaaAllah.


Berminat untuk membuat pesanan?
Hubungi saya,
Mira 0139080524
ID: 866786

No comments:

Post a Comment