CANTIK LUAR DAN DALAM (^___*)

adakah anda tergolong dalam kategori mereka yang menitik beratkan kecantikan?
bagus lah andai begitu.
saya pun mahu kulit yang sihat dan bersih. saya tak pentingkan kuilt yang putih tapi yang saya dambakan hanyalah kulit yang bersih dan sihat.
sebelum ni saya sudah mencuba pelbagai produk wajah, tapi semuanya tak menjadi. untuk pengetahuan semua, wajah saya ni mempunyai liang pori terbuka, muka berminyak, jerawat, parut jerawat.. huhu..
 
tapi selepas saya "consume" produk Shaklee untuk menyusu, saya dapat rasakan kelainan. yang penting, pori makin mengecil (sekarang dah hampir tertutup), muka sudah tidak berminyak, jerawat segan dah nak menumpang, dan yang paling saya suka, muka jadi lembut dan lembap. oh, habis LOREAL saya hadiahkan kepada orang lain. hehehe.. sebab sekarang saya hanya menggunakan foundation dan bedak sahaja. kalau malam hari saya hanya sapukan VITA E dan VITA C sahaja pada wajah (berselang malam ye). jadi, duit jimat..!!! =)
 
sekarang saya nak berkongsi dengan anda semua cadangan untuk penjagaan kulit ni..


1) B-complex –
♥ Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

2) Vitamin C –
♥ antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi...
antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

3) Vitamin E –
♥ Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.[Sumber: webmd]

4) ESP –
♥ diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.

(^____^) ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya.

5) GLA complex –
♥ Gamma-Linolenic Acid adalah asid lemak omega-6 di mana badan akan menukar kepada bahan untuk mengurangkan inflamasi (keradangan) [ Source : emedicinehealth ] Berdasarkan testimony pengguna, kulit mereka menjadi lebih lembab dan masalah jeragat juga berkurangan.**

6) Vitalea –
♥ untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

7) Shaklee Collagen Powder –
♥ merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

♥ Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

♥ Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

* Berat molekul diukur dalam unit Dalton (sumber)

8) Vivix –
♥ Di dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

♥ Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada 4 mekanisme utama penuaan pada tahap sellular :
~Melindungi dan membaiki sellular
~Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
~Menggalakkan biogenesis ( pembentukan baru) mitochondria
~Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products)
 

 Sebarang pesanan dan pertanyaan, boleh hubungi saya . =)
♥ Rosmeira Mohamad @ Ali
♥ Shaklee Independent Distributor [ID No : 866786]
♥ Contact No | WhatsApp : 013 908 0524
♥ Emel : justme_rma242@yahoo.com
♥ Laman web: vitaminssecrets.blogspot.com
♥ FB Page : Health N Beauty EShoppe

No comments:

Post a Comment