SARAPAN PAGI. PENTINGKAH?

Sarapan atau makan pagi adalah makanan pertama setiap hari, yang diambil pada waktu pagi setelah kita ‘berpuasa’ mungkin hampir lapan jam.

 
TAHUKAH ANDA?
 
Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap. Umum mengetahui, sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik kepada semua orang termasuklah kanak-kanak.

Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kalangan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan yang baik dan sering meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan.

Tugas saya sebagai guru secara tidak langsung menjadikan saya seorang yang ‘busybody’ terhadap anak-anak didik saya. Kadang-kala apabila ditanya kenapa pelajar/ anak itu tidak bersarapan, antara jawapan yang sering diterima ialah tiada selera, tidak cukup masa atau ibu tidak sempat menyediakan sarapan. Maka, menyuruh anak makan saja bukan tindakan tepat dan bijak kerana ia umpama menyuruh anak mandi. Tiga empat kali suruh pun belum tentu anak bergerak ke bilik mandi. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan bersama.
 
Tabiat pemakanan yang baik ini seharusnya perlu disemai sejak anak kecil. Kajian mendapati nutrisi baik bukan saja mampu membantu perkembangan fkikal (menjadikan anak lebih tinggi dan kuat), tetapi juga merangsang keupayaan minda.

 
APAKAH MANFAAT SARAPAN PAGI?

Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama kaya protein dan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Saintis menggelar sarapan pagi sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus.
 
 
Di sini saya kongsikan apa kata Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia.

Beliau berkata sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak.

Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun, Dr Barakatun menjelaskan, makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan, vitamin dan mineral adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah.

"Antara makanan yang paling mudah adalah bijirin sarapan. Apabila dicampur dengan susu. Mereka turut mendapat pelbagai khasiat seperti protein dan kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

 "Selain itu, roti bakar dan susu, roti dan keju ataupun nasi goreng atau mi goreng kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayursayuran boleh dijadikan hidangan sarapan. Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Cuba kurangkan makanan diproses kerana ia tinggi lemak dan garam. Paling penting pelbagaikan hidangan supaya tidak cepat bosan," katanya mengulas mengenai kepentingan sarapan pagi untuk anak kecil yang mungkin belum arif mengenai kebaikannya.

Dari segi saintifik, kanak-kanak perempuan (sekolah rendah) perlukan 1,200-1,600 kalsium/ harian (kcal/hari) manakala kanakkanak lelaki memerlukan 1300-1800 kcal/hari. Kebiasaannya, mereka perlu makan 4-6 kali sehari. Makan dengan kerap tetapi pastikan saiz hidangan kecil adalah lebih baik berbanding makan banyak pada satu-satu masa.

Disebabkan kanak-kanak lama di sekolah dan perlu tumpu kepada pelajaran, Dr Barakatun berkata, makanan yang tinggi lemak dan gula jika diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan mengantuk.

Katanya, ibu bapa tidak perlu terlalu risau memikirkan sajian pilihan kerana rata-rata kanak-kanak dewasa ini memasuki tadika dan pastinya makan awal pagi bukan lagi satu yang asing.

"Segelas susu dicampur coklat ataupun koko sebenarnya sudah memadai. Jika ingin membeli minuman dalam kotak, pastikan ia berasaskan susu kerana minuman berasaskan susu adalah makanan lengkap memadai untuk keperluan pagi hari. Jangan lupa melihat tarikh luput untuk setiap makanan komersial," katanya.

Dr Barakatun tidak menafikan ada kanak-kanak yang enggan makan pagi seperti peribahasa `alah bisa tegal biasa', namun sebagai ibu bapa kena bijak menanganinya secara perlahan-lahan.

"Pastikan pelbagai makanan dapat dihidangkan setiap hari. Mulakan dengan makanan kesukaan mereka dan kemudian apabila mereka sudah biasa mengambil sarapan pagi dan merasai nikmatnya kepada tubuh mereka, kenalkan kepada makanan yang lebih berkhasiat. Ibu bapa bukan saja perlu kreatif, tetapi pastikan waktu makan semua ada di meja. Kalau si ibu suruh anak makan, ibu kenalah juga makan, bukannya hanya memerhati dan mengarah makan cepat dari dalam bilik," katanya.

Tidak sempat menyediakan sarapan, bukan alasan tidak menyediakannya makanan untuk anak kerana segelas susu atau sekotak susu sudah memadai untuk sarapan pagi bagi mereka memulakan hari mereka. Sarapan pagi amat penting untuk memastikan anak-anak dapat memaksimumkan potensi mereka di sekolah.

Di sini saya kongsikan satu kaedah mudah untuk anda.

Bancuhlah susu bersama MealShakes Shaklee buat si manja anda manakala anda pula boleh membancuh Milo dan ESP Shaklee sebagai satu sarapan pagi yang sihat yang kaya dengan protein, zat, vitamin dan mineral sudah pastinya.

 
APAKAH KEBAIKAN MEALSHAKES?

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
    Sarapan segera yang berkhasiat
    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
    Hidangan segera untuk para atlet
    Kudapan menarik pada bila-bila masa
    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

MealShakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

 
MEALSHAKES UNTUK SIAPA?
  • Bayi bermula 1 tahun ke atas – sebagai multivitamin utk membantu pembesaran yang sihat dan kuat.
  • Kanak-kanak yang selalu sembelit
  • Kanak-Kanak yang kurang selera makan
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua dan seisi keluarga

 
KELEBIHAN MEALSHAKES SHAKLEE?
  • membantu perkembangan minda dan IQ anak
  • menambah selera makan anak-anak
  • membantu masalah sembelit
  • mengatasi masalah selalu selsema dan asma
  • menambah berat badan bagi mereka yang terlampau kurus

 
ESP, APAKAH PULA KEBAIKANNYA?

  • Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.
  • ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda.
  • Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes.
  • Menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.
  • Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia dan tidak membebankan buah pinggang.
  • Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, dan 12x ganda susu.
  • Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.
  • Mempunyai kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menapous.
  • Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah.
  • Tiada perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein, atau bahan tambahan selainnya.
  • ESP sesuai untuk vegetarian.

 
BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SARAPAN LAZAT DAN SIHAT BERSAMA MEALSHAKES DAN ESP SHAKLEE??
Hubungi saya untuk pesanan dan pertanyaan.
 
 

Lots of love,
Mira Mohd
0139080524

No comments:

Post a Comment