==========
Apa
itu keputihan?
>Masalah keputihan adalah sinonim pada
wanita. Keputihan adalah lelehan lendir berwarna jernih atau kelabu keputihan
yang keluar dari faraj wanita dan mempunyai pelbagai sifat dan berbeza pada
setiap wanita yang lain.
>Lazimnya, keputihan yang tidak berubah
warna kepada kekuningan dan kehijauan bererti tiada jangkitan. Jika keputihan
berlendir dan tidak membeku seperti susu basi atau berbau hanyir atau terdapat
radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.
Bagaimana masalah keputihan terjadi?
>Keputihan berubah mengikut perubahan
hormon, perubahan mental, jangkitan, ubat-ubatan dan juga penyakit dalaman.
>Keputihan akan bertambah cair ketika
ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
>Keadaan stress juga boleh mengakibatkan
perubahan hormon dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan cenderung
kepada penyakit.
>Penyakit yang paling biasa menyebabkan
perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial Vaginosis,
Candida Vaginitis, Trichomonas Vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
>Setiap satu jangkitan mempunyai sifat
yang berbeza dan bauan tertentu.
>Dapatkan nasihat doktor untuk
memastikan bahawa keputihan itu adalah lendiran biasa dan bukan disebabkan
jangkitan.
Simptom-simptom anda mengalami masalah
keputihan.
>Mengalami masalah kegatalan pada faraj.
>Kerap mengalami 'white discharge'
berwarna putih dan kekuningan serta berbau.
>Tidak selesa apabila 'bersama' suami.
>Perlu memakai panty liner setiap hari.
Bagaimana mengatasi masalah keputihan?
>Antara amalan-amalan tradisional yang
boleh diamalkan adalah seperti dibawah. Dan setiap kesulitan/penyakit itu ada
ubatnya cuma kita kena berusaha untuk mencari penawarnya.
>Yang penting dapatkan nasihat doktor!!
Cara Pertama
1.
Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2.
Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3.
Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4.
Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5.
Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6.
Minum air tersebut 2 kali sehari.
7.
Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.
Cara Kedua
1.
Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2.
Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3.
Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4.
Tapislah air tersebut.
5.
Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6.
Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan
kembali bahagian alat sulit wanita.
7.
Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
Cara alternatif bagi mengawal masalah
keputihan.
>
Shaklee juga ada menawarkan produk bagi wanita yang mengalami keputihan ini.
>
hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pesanan.
No comments:
Post a Comment