SENGGUGUT? OH NO....


SAKIT KETIKA HAID

Apakah Penyebabnya?
•Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
•Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semas
a haid.

Gejala-Gejala Biasa
•Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang.
•Kelesuan
•Loya dan muntah
•Sakit kepala
•Keletihan dan pening
•Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.

Jenis-jenis Sakit Haid (dismenorhea)

 1)Primer:
•Berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid.Ianya akan berkurang apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.

 2)Sekunder:
•Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis).

Penjagaan sendiri
•Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
•Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
•Mandi dengan air suam.
•Urut di bahagian yang sakit.
•Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
•Teknik-teknik relaksasi
•Banyakkan berehat
•Atasi stres anda. Katakan 'tidak' kepada tekanan.
•Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
•Pengawalan pemakanan.
•Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
•Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda.

atau.............
ber-shaklee lah... =)


Sebarang pesanan dan pertanyaan, boleh hubungi saya . =)
♥ Rosmeira Mohamad @ Ali
♥ Shaklee Independent Distributor [ID No : 866786]
♥ Contact No | WhatsApp : 013 908 0524
♥ Emel : justme_rma242@yahoo.com
♥ Laman web: vitaminssecrets.blogspot.com
♥ FB Page : Health N Beauty EShoppe

No comments:

Post a Comment