"vitamin? nak buat apa? bukannya saya sakit pun."
"alaaa.. bukannya perlu pun vitamin tu... kan dah cukup dengan makan 3kali sehari.. nak buat apa lagi.. membazir ada laaa.."
"saya tak ada selera makan lah, saya nak vitamin tu, tu dan tu.."
haaa.. di atas adalah beberapa contoh situasi di mana ada segelitir dari kita tidak memahami apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan keperluan pengambilan vitamin.
harus diingat, vitamin bukannya pengganti makanan. kita tidak boleh menyamakan makanan dan vitamin. sebagai contoh, jika kita inginkan keputusan yang amat cemerlang, kita ambil kelas tuisyen. tetapi dalam masa yang sama, kita masih lagi pergi ke sekolah dan tidak lupa membuat ulangkaji di rumah, bukan? maka, kelas tuisyen adalah pelengkap. manalah tahu kita akan mendapat soalan 'spot'.. hehe.. faham kan..?
Sebaik-baik vitamin adalah dari sumber semulajadi (makanan asal yang sebenar). Dan yang menariknya, buah-buahan ini adalah lebih bagus bila diambil bersama-sama, kerana ada unsur sinergi di dalamnya. Misalnya dalam buah-buahan yang mengandungi campuran buah beri memberi lebih kesan dalam menjaga kesihatan daripada mengambil strawberi, blue beri, rasberi dan sebagainya secara berasingan.
Berbalik kepada topik, walaupun kita mengambil hidangan mengikut saranan piramid makanan, namun terdapat banyak fakor yang patut kita ambil perhatian.
Antaranya:
Antaranya:
1. Masalah Penghadaman
Penghadaman yang tidak efisien boleh membataskan penyerapan
vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau
terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besra dari
normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman.
Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin
akibat pengunyahan kurang efisien.
2. Kopi, Teh Panas & Rempah
Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan
terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau
keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan
cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi
kurang.
3. Alkohol
Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan
kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses
penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak
menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine,
niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink,
magnesium dan juga kalsium.
4. Merokok
Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran
penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga
penting dalam fungsi sistem imun.
5. Julap / ubat sembelit / ubat
kurus
Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan
kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan
lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti
Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan
kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
6. Fad Diet
Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan
berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak,
jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan
K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu
dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh
mengakibatkan anemia.
7. Makanan Terlebih Masak
Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan
sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
8. Makanan Diproses (dalam tin)
Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan
jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau
hilang sama sekali.
9. Makanan Segera
Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula
dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan
tersebut.
10. Antibiotik
Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
11. Alahan Makanan
Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium
12. Kehilangan Nutrien Tanaman
Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
13. Kemalangan dan Penyakit
Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
14. Tekanan atau Stress
Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
15. Sindrom pra haid
Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
16. Remaja
Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
17. Wanita Hamil
Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
18. Pil Perancang
Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
19. Warga Emas
Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.
Sumber:
Ensiklopedia Vitamin & Herba 21st Century.
Jagalah badan anda sebaik
mungkin kerana badan anda tu amanah Allah. Kita perlukan badan yang sihat untuk
beribadah dan menabur bakti kepada kedua ibu bapa, keluarga, bangsa, agama dan
negara.
jom, ber-shaklee....!!!
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di justme_rma242@yahoo.com atau SMS ke 017-9596850 (Mira) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment